Showing posts with label Pregnacy & Nursing. Show all posts
Showing posts with label Pregnacy & Nursing. Show all posts

CARA PENGENDALIAN SUSU IBU PERAHAN (EBM)

CARA PENGENDALIAN SUSU IBU PERAHAN (EBM)

MAKSUD ISTILAH YANG DIGUNAKAN:
1. EBM - expressed breast milk
2. FROZEN EBM - susu ibu beku
3. CHILLED EBM - chilled expressed breast milk (susu yang hanya disimpan di dalam chiller / tidak dibekukan.

1. CARA MENCAIRKAN FROZEN EBM (SUSU BEKU) :

1.1 Pindahkan EBM dari freezer ke bahagian bawah peti ais (chiller) iaitu di tray paling atas. Cairkan mengikut jumlah yang diperlukan sahaja. Bila? sebaiknya sehari sebelum EBM hendak digunakan.
1.2 Biarkan ia mencair dengan sendirinya semalaman.
1.3 Keesokkan harinya, sebaik bangun dari tidur check keadaan EBM yg ditransfer ke dalam chiller adakah masih beku atau telah cair sepenuhnya.
1.4 Jika telah mencair, tuangkan EBM ke dalam storage bottle mengikut sukatan untuk sekali minum (per feeding). Kenapa? Bagi memudahkan pengasuh agar boleh terus panaskan susu mengikut amount yg diperlukan oleh anak untuk sekali susuan.
1.5 Jika belum cair, rendam EBM tersebut ke dalam bekas berisi air paip atau alirkan di bawah paip 1.6 Tinggalkan sebentar sementara itu anda bolehlah mandi, solat dan bersiap untuk ke tempat kerja. 1.7 Jika telah cair, ikuti langkah 1.5

NOTA PENTING :
#FROZEN EBM perlu dihabiskan dalam tempoh 24jam selepas dicairkan
#FROZEN EBM perlu dihabiskan dalam tempoh sejam selepas dipanaskan
#CHILLED EBM perlu dihabiskan dalam tempoh 4jam selepas dipanaskan
#EBM yang telah cair tidak boleh dibekukan semula

2. CARA MEMANASKAN SUSU IBU PERAHAN (EBM)

2.1 Setelah mengikuti langkah 1.5, pengasuh boleh terus mengambil 1 botol dan letakkan ke dalam warmer (40 darjah celcius) atau rendam ke dalam air panas elakkan dari menggunakan air menggelegak kerana suhu yg terlalu tinggi boleh memusnahkan enzim, antibodi dan nutrien yang terkandung dalam susu ibu.
2.2 Jika tidak mengikuti langkah 1.5, pengasuh hendaklah memanaskan EBM mengkiut amount yang diperlukan sahaja bagi mengelakkan pembaziran.
2.3 {Langkah ini tidak perlu bagi pengguna warmer} Jika susu masih belum cukup suam, tetapi air rendaman telah sejuk, salin air lain untuk memastikan susu dapat disuamkan dengan betul.
2.4 Jika didapati susu menjadi 2 lapisan (hindmilk dan foremilk terpisah) goyang perlahan-lahan (gentle swirl) untuk memastikan kedua2 komponen susu ibu tersebut bercampur dan suhu dapat diseratakan.
2.5 Titikkan sedikit susu supaya ke tangan untuk merasa sama ada sudah cukup suam atau terlalu panas.
2.6 Kini, anak boleh disusukan dengan susu ibu.

Nota PENTING :
#Pastikan botol EBM yang diberi pada pengasuh diletakkan di rak paling atas dlm peti ais dan paling dalam. #Jangan sesekali menggoncang susu ibu dengan kuat untuk menjaga rantaian molikul khas yg ada dalam susu ibu supaya tidak musnah.
#Jangan sesekali memanaskan susu di atas dapur atau menggunakan microwave TEMPOH HAYAT EBM Seperti dalam jadual di bawah.


TEMPOH HAYAT SUSU IBU


FROZEN EBM DALAM FREEZER PETI AIS 2 PINTU TAHAN 3 BULAN



FROZEN EBM DALAM DEEP FREEZER TAHAN 6 BULAN


FROZEN EBM DALAM FREEZER PETI AIS SATU PINTU TAHAN 2 MINGGU SAHAJA


CHILLED EBM TAHAN 3-5 HARI JIKA TIDAK DIGUNAKAN PINDAHKAN KE DALAM FREEZER UNTUK DIJADIKAN STOK BEKU



JOM KITA MEMPELAJARI TEKNIK MARMET




Selain daripada menggunakan pam bagi mengumpul susu perahan, tahukah anda yang kita juga boleh melakukannya secara manual. Tanpa memerlukan kos, hanya menggunakan tangan sebagai alat untuk memerah payu dara. Teknik inilah yang dikenali sebagai Marmet.

Mungkin bagi setengah orang teknik marmet ni menyusahkan dan dipandang remeh sahaja. Tapi dengan teknik yang betul dan latihan berterusan kita akan sedar bahawa teknik ini bagus dan amat membantu kita dalam usaha mengumpul susu perahan tanpa perlu bergantung kepada pam payu dara.



Mengikut kajian dari pakar laktasi, sentuhan dari kulit ke kulit (tangan dan payudara) lebih efektif dalam meransang payudara untuk mengalirkan susu dengan lancar jika dibandingkan dengan breast shield yang dihasilkan dari plastik itu. Lagi menarik, dengan teknik marmet anda dapat mengurangkan kerosakan tisu payu dara, payu dara lebam mahupun kulit di sekitar payu dara melecet akibat penggunaan pam yang berlebihan.

Sebelum memulakan teknik mamet seharusnya anda melakukan urutan terlebih dahulu bagi memastikan proses perahan berjalan lancar.
MENGURUT
 Pastikan tangan dibersihkan terlebih dahulu sebelum memulakan urutan. Setelah itu, tekapkan payudara menggunakan tuala kecil yang telah direndam dalam air suam. Dan kemudian, urutlah payudara dengan mengikut langkah-langkah berikut :Massage
 Dengan menggunakan jari telunjuk dan tengah, lakukan gerakan membulat dari hujung ketiak hingga ke aerola. Tangan kanan mengurut payudara kiri manakala tangan kiri mengurut payu dara kananStroke
 Dengan menggunakan kelima-lima jari tangan, tekan payudara secara lembut. Selain daripada itu, anda boleh 'menyikat' payudara menggunakan sikat yang bergigi lebar dari bahagian hujung ketiak ke aerolaShake
 Dengan posisi tubuh yang condong ke hadapan, goyangkan dada anda secara lembut. Dengan cara ini daya graviti yang terhasil akan membnatu meransang pengeluaran susu ibuMEMERAH

Langkah 1
 1) buat pegangan C dengan meletakkan ibu jari lebih kurang 1sm daripada aerola, manakala jari telunjuk dan jari tengah diletakkan dibahagian bawah aerola (kedua-dua jari berfungsi menampung bawah payudara)
memandangkan payu dara setiap ibu adalah berbeza anggaplah payu dara anda seperti jam. Arah ibu jari berada pada jam 12 dan dua jari yang lain berada di posisi jam 6
 2) tekan payu dara secara lembut ke arah dada tanpa memindahkan posisi jari telunjuk dan jari tengah tadi 3) seterusnya picit ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah bagi menggalakkan susu ibu keluar daripada puting. Kemudian lepaskan dan ulang semula dengan melakukan pergerakan picit-lepas, picit-lepas 4) ulang langkah 1-3 sehingga aliran susu berkurangan 5) kemudian pindahkan posisi ibu jari ke arah jam 11, 10, 9,8 dan 7 manakala jari telunjuk dan tengah ke arah jam 5,4,3,2 dan 1. lakukan gerakan memerah sama sepperti langkah 1-4 supaya kesemua saluran susu dapat diperah sepenuhnya 6) tadah susu yang berjaya diperah ke dalam bekas penyimpan yang bersih 7) beralihlah ke payu dara disebelahnya jika anda yakin sudah berjaya mengosongkan payudara

Langkah 2
Melancarkan aliran susu
 1) Urut setiap saluran susu dengan menekannya secara lembut menggunakan kelima-lima jari ke arah dada bermula daripada bahagian atas. Lakukannya dalam gerakan memutar. Tumpukan pada satu tempat (saluran susu) bagi setiap masa untuk beberapa saat sebelum beralih ke tempat lain 2) Usap payu dara bermula daripada bahagian atas hingga ke puting menggunakan sentuhan geletek. Teruskan pergerakan ini di mana ia dapat menenangkan anda dan seterusnya membantu melancarkan aliran susu

Elakkan Pergerakan ini!

 Jangan picit puting payu dara. Ini akan menyebabkannya lebam Jangan tarik puting kerana ia boleh merosakkan tisu payu dara Jangan geselkan tangan anda ke payu dara kerana boleh menyebabkannya melecet

Keseluruhan prosedur ini seharusnya dilakukan dalam tempoh 20 minit - 30 minit. Perah setiap sebelah payu dara antara 5- 7 minit. Setelah itu, lakukan rutin urutan (massage, stroke dan shake). Kemudian perah lagi setiap sebelah payudara dalam 3 - 5minit. Dan ulang semula rutin urutan dan di akhiri dengan sesi pemerahan antara 2 hingga 3 minit bagi setiap sebelah payu dara

Cubalah praktikkannya! InsyaAllah banyak membantu

Puting Pedih Semasa Menyusukan



Mengapa puting saya terasa pedih? 

Rasa pedih pada bahagian puting semasa menyusukan adalah sesuatu yang biasa bagi ibu-ibu yang baru menyusu badan dan ramai yang memikirkan ia adalah sebahagian daripada pengalaman penyusuan badan. Tetapi ini tidak benar. Anda mungkin akan rasa sedikit pedih pada permulaan penyusuan bagi beberapa hari yang pertama. Tetapi sakit yang teruk atau berpanjangan adalah tidak normal. Penyusuan badan sepatutnya menyeronokkan bagi anda dan bayi. Jika tidak, ia mungkin adalah tanda bahawa anda perlu membuat beberapa perubahan. 

Apakah punca puting pedih? 

Ada beberapa perkara yang mungkin membuat puting anda pedih, tetapi kemungkinan besar ia berkaitan dengan cara bayi anda menyusu. Jika tekniknya salah dan bayi anda tidak melekap dengan betul, akibatnya anda akan merasa sakit. Satu atau sesetengah daripada masalah berikut mungkin menyebabkan puting anda pedih. 

Kesukaran untuk melekap 

  • Masalah: Bayi anda tidak melekap dengan betul. Jika dia terpaksa menyedut atau menarik puting anda ke dalam mulutnya, ini boleh menyebabkan kesakitan.

  • Penyelesaian: Pastikan bayi anda memasukkan buah dada anda ke dalam mulutnya (bukan setakat bahagian puting sahaja). Untuk melakukan ini, dia perlu membuka mulutnya dengan luas, atau mengangakan mulut.
Jika bayi anda tidak menganga untuk memasukkan buah dada anda, jangan tarik puting anda keluar. Sebaliknya, hentikan hisapan dengan memasukkan jari perlahan-lahan ke dalam bahagian tepi mulutnya dan di atas lidah. Lepaskan mulut bayi daripada payudara dan mulakan sekali lagi. Lihatlah gambar-gambar dalam artikel bagaimana cara menyusukan untuk membantu anda. 

Jika puting anda sangat pedih dan merekah atau berdarah, anda boleh sapukan minyak atau krim lanolin yang ditulenkan. Dengan cara ini, puting anda dapat sembuh tanpa membentuk kerak luka. Anda juga tidak perlu membersihkan puting daripada kesan minyak sebelum penyusuan seterusnya. 

Pakar penyusuan BabyCenter Jennifer Hor mencadangkan anda menggunakansusu badan anda sendiri. Biarkan sahaja sedikit di atas puting selepas penyusuan. “Ia murah dan berkesan,” kata beliau. 

Lidah terikat 

  • Masalah: Bayi anda mungkin mengalami masalah lidah terikat. Ini bermakna, lidahnya terlekat dengan bahagian dasar mulut. Tanda-tandanya termasuklah dia tidak boleh melekap dengan betul pada buah dada anda, sering tergelincir keluar dan kerap minum tetapi berat badannya tidak bertambah dengan cukup. Bayi anda perlu menggunakan lidahnya untuk menarik masuk susu daripada payudara anda. Jika dia tidak boleh menggerakkan lidah dengan sempurna, dia mungkin tidak boleh menghisap susu dengan jayanya.

  • Penyelesaian: Mintalah doktor untuk memeriksa lidah bayi anda. Masalah lidah terikat ini boleh diselesaikan melalui satu prosedur mudah yang dipanggil frenulotomi. Selepas menjalani prosedur ini, anda akan dapati perubahan besar dalam penyusuan bayi di mana dia akan dapat menyusu dengan sempurna.

Jangkitan fungus (thrush) 

  • Masalah: Puting anda sakit selepas beberapa penyusuan yang tidak menyakitkan. Ini mungkin bermakna anda mengalami jangkitan fungus pada puting anda. Jangkitan fungus terjadi apabila organisme yang secara semula jadinya hidup dalam badan anda merebak tanpa kawalan. Bacalah artikel kami mengenai jangkitan fungus pada ibu-ibu menyusukan danjangkitan fungus pada bayi.

  • Penyelesaian: Jumpalah doktor anda. Beliau boleh memberi rawatan anti-fungus kepada anda dan bayi. Jika anda mengalami jangkitan fungus pada puting, ia mungkin juga berlaku pada mulut bayi anda, samada ketara ataupun tidak. Anda berdua perlu menjalani rawatan pada masa yang sama, supaya anda berdua tidak saling menjangkiti antara satu sama lain.

Dermatitis 

  • Masalah: Puting anda merah dan gatal. Ini mungkin tanda-tanda dermatitis. Ia boleh disebabkan oleh krim, losyen atau sabun yang tidak sesuai.

  • Penyelesaian: Cuci payudara anda dengan air bersih sahaja.

Tumbuh gigi 

  • Masalah: Bayi anda sedang tumbuh gigi dan menggigit anda. Jika gusi bayi bengkak, dia mungkin menukar cara penyusuan supaya dia lebih selesa. Jika dia mengigit anda, ini bermakna lidahnya tidak dijulurkan ke bawah dan ke hadapan dengan secukupnya untuk memasukkan payudara ke mulutnya.

  • Penyelesaian: Bantulah bayi anda menganga dan menjulurkan lidahnya. Anda boleh melakukannya dengan cara menyentuhkan bibirnya pada puting anda dan apabila dia sudah memberi respon, dekatnya dengan cepat ke payudara anda. Bayi yang lebih besar kadang kala membuka mulut tetapi menarik lidah ke dalam apabila sudah menganga, jadi anda perlu bergerak cepat!

Menyusukan semasa hamil 

  • Masalah: Puting anda sakit kerana anda hamil lagi dan masih menyusukan.

  • Penyelesaian: Anda harus bersabar! Puting anda sepatutnya akan terasa sakit hanya pada awal kehamilan. Jika anda terasa sangat sakit, anda boleh gunakan minyak atau krim lanolin ditulenkan untuk melegakannya.

Pedih akibat penggunaan coli atau lapik payudara 

  • Masalah: Coli yang tidak padan memberi tekanan kepada puting anda. Lapik payudara dan lapisan plastik pada coli juga boleh menjadi penyebabnya. Ia menghalang kulit daripada bernafas dan memerangkap terlalu banyak lembapan, membuatkan masalah ini lebih teruk.

  • Penyelesaian: Belilah coli yang lebih besar atau lebih selesa. Gunakan lapik payudara yang diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi. Jika puting anda merekah, anda juga boleh cuba gunakan lapik payudara berubat.

Adakah puting pedih ini akan memudaratkan bayi saya? 

Masalah puting pedih tidak memudaratkan bayi. Tetapi ia boleh jadi satu tanda penyusuan yang tidak betul. Jika bayi anda tidak melekap dengan betul, dia mungkin akan berhenti menyusu sebelum dia mendapat susu belakang yang kaya dengan kalori dan boleh diperolehi pada akhir penyusuan. Beberapa tanda yang menunjukkan bayi anda tidak menyusu dengan betul termasuklah:

Adakah saya masih boleh menyusukan walaupun dengan puting yang pedih? 


Ya. Tetapi jika anda masih berasa sangat sakit walaupun setelah mencuba panduan-panduan di atas, hubungilah pakar. Jika anda merasa sukar untuk meneruskan penyusuan, mintalah mereka rujukkan anda kepada pakar penyusuan. Beliau boleh melihat apa yang anda lakukan dan membantu anda melakukannya dengan betul.