Power Pumping untuk meningkatkan pengeluaran susu




Pelbagai cara nak buat Power pumping untuk meningkatkan penghasilan pengeluaran susu..admin momsbreastfeedings kongsi cara ini Insyallah tebukti berkesan cuma kena rajin je la..kalau malas result pun malas..

1- Bersedia dari segi mental dan fizikal (paling sesuai time kita free atau rileks )
2- Pasti kan seharian minum air masak sekurangnya-nya 2 liter
3- Setup pam elok-elok pilih mode yg sesuai (mimic baby ) jika pam anda ada mode massage                 mulakan dengan mode tersebut dahulu dengan volume sedutan yang lembut dan petingkatkan             volume sedutan perlahan2 ye.
4-Mulakan dengan Bismillah Dan Selawat serta Niat

Jika guna Pam single elektrik atau manual mulakan sebelah kanan dahulu 10 minit dan 10 minit sebelah kiri dan offkan pam 5minit dan ulang cara tadi sehingga 3 sesi..Jika pam double pun sama pam terus kiri dan kanan serentak seeloknya guna freemie atau pamping bra untuk memudahkan nak pegang atau handle.


Sekiranya pada awal sesi power pumping ini susu tidak keluar langsung atau hanya keluar beberapa titik sahaja, itu adalah normal.
YAKINlah bahawa badan anda sedang dalam proses untuk menghasilkan susu. Beri sedikit masa kepada badan anda untuk menghasilkannya.Pastikan anda jaga pemakanan dan kurangkan stress.